Hye! Guess what? Aku delete semua older post aku, dan terlampau bodoh tak tinggalkan langsung walaupun satu. Okay, followers aku yang terbaru. Nak aku introduce diri aku balik ke apa? Eqqashaffeera, 13 Smkcpr. Shosaa, aku punya group. 1 Harapan? Kelas aku yang paling happening, boleh simpan rahsia, ketawa sana sini, merana menangis semua dekat 1 Harapan. I love you no matter what happen, aku tak reti speaking sebenarnya. Cuma nak berpoyo speaking. Sharara? Aku paling sayang dia. Family, the first one. Kalau tiada diorang semua, hidup aku tak gembira. Okay sangat annoying aku ni, itu kan ayat manis. Sesetengah orang comel guna, eu sangat weh.
Aku nak cerita pasal apa yang aku tak suka dulu. Aku paling tak suka ayat bodoh macam ni, dah makan? Dah minum segala mandi, pakaian dah basuh semua kau nak busybody. Jangan tanyalah kenapa aku benci. Bila aku jawab belum, paksa aku pergi makan. Annoying sungguh, rasa nak hentak kepala ke batu. Bila aku jawab dah, amboi kemain lagi. Makan apa? Tak ajak pun kan dan bagai kan kan lagi kau guna. Okay aku paling tak suka bila ada Minachee ni, add boyfriend orang. And then nak menggatai, kau nak add boleh lah Chee oi. Tapi kalau dah gatai stop sampai situ. Dah banyak sangat orang mengadu pasal kau dekat aku ni Chee, orang dah warning beratus kali pun. Seribu kali ganda kau buat balik kan. Then aku benci time aku cakap perlahan dengan lemah lembut nya, kau bercakap kasar. Jerit dekat telinga aku, of course lah tangan aku automatic lempang muka kau. Second thing, bila aku taip panjang bahasa baku. Pandai lah kau nak kata aku sakai, aku rasa dari kau taip pendek yang merosakkan bahasa lagi sakai. Dah lah merosakkan, sakai lagi. Aduh kesian sungguh. One more thing, salah satu warna kegemaran aku ialah warna pink. Aku memang suka. Dan perempuan dulu time kecil, banyak juga yang suka pink. Sampai menangis minta beli warna pink punya baju lah barbie doll apa kejadah semua. Ni time aku suka pink, banyak lah kau kata sakai. Macam perempuan gedik apa semua. Gedik tu dah normal bagi perempuan kat luar sana, kecuali yang cover cun tak serupa bikin. Last thing. Aku paling tak suka sebut S, sebab aku susah sebut S sekarang. Terikut perangai Irra yang aku benci sangat, dia susah sebut S. Aku berkawan dengan dia sampai aku lupa macam mana nak sebut S. Dan perkataan mesej tu. aku memang tak reti. Berbelas orang dalam kelas aku, ejek aku. Penat dengan telatah diorang. Dah berthing berthing dah aku, okay last. Aku tak suka bila aku tiada kredit sana lah kau paksa aku suruh text dengan kau. Dah tiada kredit, macam mana nak text. Bodoh sungguh. Kemain panjang lagi aku taip.
Aku nak cerita pasal apa yang aku suka. Of course lah warna purple, yang bila aku pandang. Terlompat dah macam bukan diri aku dah, dan berkata whoah sangat cantik. Dan bila pandang mula lah nak beli itu ini. Diikuti dengan warna pink, kelabu. Second thing aku suka, kasut. Aku suka semua kasut kalau boleh, semuanya nak beli. tak kira ah harga dia berapa kan, macam ada duit je -.- Third, aku suka cincin. Cincin alahai yang pelbagai bentuk ada. Lawa tapi cekik darah aku, lima ringgit ke atas untuk satu cincin. Dan sampai sini je aku taip benda yang aku suka.
Okay kata kata terakhir, sebelum aku meninggal kan post ni dan publish. Amboi, mula lah Si Gemuk datang sini dan pijak keyboard ni terus tertaip apa yang aku tak nak taip.m,k. Okay macam tu, dan baru je tadi kau off bakal laptop aku ni. Dan kini kau duduk kat sebelah laptop ni, dan buat muka comel kau dan berkata 'aku tak buat apa apa'. Banyak nya dan aku, berdan dan pulak aku. Dah pukul 2.26 a.m, malas pulak aku nak off. Okay bai, tak mau taip panjang panjang. Tapi bila tengok balik, panjang nya. LOL loser betul, bai